Pemakluman Berkenaan Penutupan Operasi Pejabat Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Sarawak.
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Sarawak akan menutup operasi pejabat yang melibatkan Tingkat 3, 4 dan 11, Menara LCDA serta tingkat 7, Pejabat Menteri, Bangunan MASJA 1 pada 22 Januari 2021 (Jumaat) dan 25 Januari 2021 (Isnin) bagi tujuan proses sanitasi.
Operasi pejabat akan dibuka semula pada 26 Januari 2021 (Selasa).