Font: IncreaseFont: NormalFont: Decrease
Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
The Official Website of
Ministry of Education, Science and
Technological Research

WorldSkills Malaysia Sarawak (WMS) 2019 merupakan pertandingan kemahiran peringkat negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Negeri Sarawak, Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi bertujuan mengiktiraf belia atau pelatih dari mana-mana institusi TVET di Sarawak yang mempunyai kemahiran yang unggul dan berpotensi untuk mewakili Sarawak ke pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan atau peringkat yang lebih tinggi lagi seperti World Skills Competition (WSC).

 

WMS2019 adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pelatih dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan.

 

Visi: Melahirkan belia Sarawak yang berkompetensi dan bertaraf dunia.

Misi: Membudayakan dan menggalakkan latihan kemahiran dan memberi pengiktirafan kepada belia melalui kerjasama strategik dan komitmen dengan pihak industri dan institusi latihan kemahiran.

Objektif:

Melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri melalui:

 

  1. Mengiktiraf belia yang mempunyai kemahiran yang unggul;
  2. Melahirkan juara kemahiran yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan dunia
  3. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya bidang kemahiran kepada pembangunan negara; dan
  4. Mewujudkan budaya menghormati kemahiran (skills respect culture).
Date: 09 - 13 Sep 2019
Venue: Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)
Organizer: Ministry of Human Resources Malaysia & Ministry of Education, Science and Technological Research Sarawak